Pengerusi Jawantankuasa Belia dan Sukan negeri Soon Lip Chee berkata, ini diikuti samun berkawan tanpa senjata yang merekodkan 338 belia, mencederakan orang (333 belia) serta kes pecah rumah dan curi (307 orang).

Bagi menangani permasalahan jenayah melibatkan generasi muda, kerajaan negeri merangka pelbagai program termasuk bekerjasama dengan polis dan jabatan penjara bagi mereformasikan siasah belia, katanya menjawab soalan Joseph Ng Soon Siang (PH-Air Itam).

Selain itu katanya pada mesyuarat bersama Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, beliau telah mengusulkan agar diadakan program lawatan ke penjara bagi memberi kesedaran kepada remaja.

Lawatan itu patut diadakan sekurang-kurangnya sebulan sekali bermula tahun depan dalam usaha mencegah remaja terbabit jenayah, katanya. - Bernama