Difahamkan, suspek mencuri kesemua empat biji harumanis yang belum masak itu untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga RM25 semata-mata untuk mendapatkan bekalan air ketum.

Bagaimanapun, kegiatan lelaki itu terbongkar selepas dia ditahan oleh pemilik kebun berusia 42 tahun sebelum di­serahkan kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Pemangku Superintendan Muhamad Halim Yatim berkata, suspek berusia 20 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7.45 malam kelmarin.

“Kejadian berlaku apabila suspek datang ke kebun mang­sa dengan menunggang motosikal jenis Yamaha 125Z.

“Dalam masa yang sama, pemilik juga berada di ladang tersebut dan dia ternampak motosikal mangsa diletakkan berdekatan kawasan tersebut.

“Mangsa terlihat suspek sedang memetik harumanis miliknya sebelum bertindak menangkap dan menyerahkan lelaki itu kepada polis,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.