Kontena dari Thailand itu dikesan membawa barangan mencurigakan ketika diimbas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini pada pukul 4 petang.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Penguatkuasaan dan Pematuhan JKDM, Datuk Zulkifli Yahya berkata, pembongkaran bermula apabila pihaknya menahan seorang pemandu treler berusia 48 tahun ketika dia sedang membawa kontena tersebut di ICQS dalam keadaan mencurigakan.

Tambahnya, siasatan awal mendapati pemandu treler itu tidak mengikrarkan barang yang dibawa.

“Pemeriksaan mendapati lapisan pertama kotak yang diletakkan di dalam kontena tersebut mengandungi kotak minuman bercetak tulisan Thailand dipercayai untuk mengelirukan pihak berkuasa.

“Bagaimanapun, selepas membuat pemeriksaan lanjut, kami menemui kotak-kotak berisi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM528,930 dengan cukai RM312,069 yang dipercayai diseludup dari Thailand,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.