Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisoner Abang Ahmad Abang Julai berkata, lelaki berusia 72 tahun itu cuba menggantung diri pada dahan sebatang pokok di sini kira-kira pukul 6.55 petang.

"Bagaimanapun, orang awam yang kebetulan melalui jalan itu segera menyelamatkannya dan menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

"Keadaan mangsa kini dilaporkan sudah stabil, namun masih lagi lemah dan sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS)," katanya ketika dihubungi tadi.

Menurutnya, mangsa dikatakan mempunyai masalah parkinson sejak pertengahan 2016.

Katanya, mangsa juga sering bercakap seorang diri dan berperangai pelik. - K! ONLINE