Selain itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mengurangkan aktiviti diluar bangunan atau menggunakan penutup hidung dan mulut (face mask), payung dan topi sekiranya berada di luar.

"Tutup tingkap bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah atau bangunan dan elakkan aktiviti yang boleh meningkatkan pencemaran udara dalam rumah atau bangunan dengan tidak merokok dan sentiasa membersihkan persekitaran dalaman," katanya dalam kenyataan malam ini.

Noor Hisham turut menasihatkan orang ramai untuk lebih kerap meminum air kosong bagi mengekalkan tahap hidrasi dan mendapatkan rawatan segera sekiranya tidak sihat.

"Jika mampu pasanglah alat pendingin hawa dan penapis udara yang berkecekapan tinggi di rumah bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukan pencemaran udara dari luar," katanya. - Bernama