Acara yang ditunggu-tunggu dan disertai 50 peserta Miss Tourism International 2017 itu dibatalkan selepas Panorama Langkawi Sdn. Bhd, pengendali tarikan pelancongan di atas gunung itu, melaporkan berlaku tiupan angin kencang di kawasan tersebut.

Bernama difahamkan keadaan angin kencang memaksa pengusaha menghentikan sementara operasi Langkawi Skycab, iaitu sistem kereta kabel yang menghubungkan Langkawi Skybridge setinggi hampir 700 meter dengan Oriental Village di kaki Gunung Machinchang.

Susulan pembatalan acara tersebut, peserta ratu cantik dibawa merasai pengalaman pelbagai tarikan di Oriental Village, antaranya Muzium 3D Langkawi dan SkyRex Langkawi.
Lawatan ke Skybridge Langkawi dijadualkan pada hari kedua pertandingan itu di sebuah resort di pulau ini selepas jadual yang padat sebaik mereka tiba dari Kuala Lumpur semalam. - K! ONLINE