Pengantin malang terbabit, Fatin Nursyahirah Yusuf, 24, dari Taman Mahsuri, Bandar Darul Aman di sini bernikah dengan pasangannya, Muhammad Saiful Azzam Mohmed, 25, pada pukul 11 pagi hari Jumaat lalu sebelum dia kemudian menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Jitra pada pukul 5.20 pagi kelmarin.

Menurut Mohamad Shukur, 30, iaitu abang kepada pengantin itu, adiknya merupakan anak keempat daripada lima beradik dibawa ke Hospital Jitra dengan ditemani suaminya, Saiful selepas mengadu sesak nafas pada pukul 3 petang iaitu kira-kira empat selepas bernikah.

Bagaimanapun, ceritanya, kegembiraan di sebalik pen­deritaan Fatin selepas bergelar isteri tidak berpanjangan apabila dia gagal diselamatkan dan menghembuskan nafas terakhir­nya di sisi suaminya, Saiful di hospital pada keesokan harinya.

“Fatin terpaksa bernikah dalam keadaan terlantar di atas katil kerana lumpuh akibat kanser tahap empat namun dia kelihatan ceria dan gembira,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mahsuri semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.