Faliq merupakan anak keempat kepada pengasas Naza Group, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin manakala Chryseis pula anak perempuan sulung kepada Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun yang merupakan pengasas Berjaya Group.

Pasangan itu selamat disatukan pada sebuah majlis tertutup di resort The Chateau, Bukit Tinggi di Bentong, Pahang.

Pasangan sepadan yang dikatakan mula berkawan ketika belajar di sebuah sekolah antarabangsa itu dilaporkan bertunang pada 2 Julai 2017 apabila jejaka berusia 33 tahun itu melamar Chryseis, 30, ketika mereka bercuti di Marrakesh, Maghribi.

Menerusi foto sekitar majlis akad nikah yang dimuat naik adik perempuan Faliq, Nur Nadia menerusi Instagram miliknya, pasangan itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz dan mas kahwin RM1,000.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.