Pada final penuh  mendebarkan itu, Chong Wei mempamerkan aksi agresif pada set pertama untuk menang 21-17, kemudian hampir membawa perlawanan kepada set penentuan apabila terikat 21-21 pada set kedua.

Namun, mata terakhir memihak kepada Chong Wei apabila beliau mencabar keputusan itu ketika sedang mendahului 22-21 dalam pertarungan sengit berkesudahan dengan kemenangan 23-21.

Chong Wei berkata bukan mudah menjadi pemain konsisten memenangi sesuatu kejohanan bertaraf Siri Super sebanyak 12 kali, dan berharap kejayaaan itu berterusan dengan kemenangan pada kejohanan penting selepas ini seperti

Terbuka Indonesia, Kejohanan Dunia dan misi menamat kemarau pingat emas di Sukan Asia Indonesia.

"Memang puas, bukan senang menang sesuatu kejohanan besar sebanyak 12 kali. Bagi saya Terbuka Malaysia kali ini saya berasa lebih tertekan kerana ramai pemain terkemuka dunia beraksi dan pemain muda yang hebat di sini. - Bernama