Tertuduh, Datuk Azman Abdul Samat, 50, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, Azman didakwa telah menerima rasuah berbentuk cek bernilai RM5,000 dan RM4,000 daripada dua pemilik syarikat di Pejabat Zakat Pulau Pinang di Perda Selatan, Bukit Mertajam.

Tertuduh  didakwa melakukan kesalaham itu pada Januari 2014 dan 28 hingga 30 Disember 2016.

Sitarun bagaimanapun mengarahkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 29 Disember ini sebagai sebutan semula kes.

Pendakwa dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Ghazali Mohd. Nazri manakala Azman diwakili peguam N. Rajivan dan Reza Rahim. - K! ONLINE