Dalam kejadian pukul 1.30 petang itu, dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun parah selepas siling ditingkat lapan itu pecah dan mereka terjatuh ke atas tangga di tingkat berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisio­ner Shamsul Amar Ramli berkata, hasil siasatan awal pihaknya mendapati kejadian tersebut berlaku ketika dua kanak-kanak berkenaan sedang memanjat bumbung di tingkat lapan flat ber­kenaan untuk menangkap burung merpati.

“Kedua-dua mereka ini telah memanjat tangki air di atas bangunan lapan tingkat itu. Bagaimanapun mereka terjatuh ke atas simen berdekatan tangga di tingkat berkenaan selepas siling yang dipijak pecah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.