Buku itu mendokumentasikan perjalanan syarikat dalam usaha membawa transformasi digital kepada perkhidmatan perolehan kerajaan Malaysia dalam tempoh 20 tahun.

Pengerusi Eksekutif CDC, Syed Azmin Syed Nor berkata, sempena sambutan ulang tahun ke-20, penerbitan buku ini akan membawa pembaca mengetahui sejarah pertubuhan CDC yang bermula pada tahun 1999.

“Buku ini akan membawa pembaca untuk kembali kepada hari pertama CDC ditubuhkan. Selain itu, buku ini juga memaparkan mengenai evolusi sistem ePerolehan selepas ia diimplimentasikan pada tahun 2000.

“Untuk menjadikan buku ini eksklusif, kandungan itu mengandungi pengalaman semua pekerja pada masa lalu dan kini. Ia membayangkan kerja keras mereka dalam membangunkan syarikat,” katanya.

Turut hadir dalam majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri CDC 2019, Timbalan Dasar dan Pengurusan CDC, Datuk Shamsul Azri Abu Bakar.

CDC telah ditubuhkan pada tahun 1999, mereka menjadi penyedia penyelesaian perolehan Kerajaan untuk membangunkan dan mengendali sistem perolehan elektronik Kerajaan iaitu ePerolehan yang diperkenalkan pada tahun 2000.

Dalam majlis sama, CDC turut melancarkan buku ekspedisi ke Gunung Everest yang mencerminkan perjalanan 20 tahun syarikat berkenaan.

Ekspedisi selama 14 hari itu melibatkan 18 orang terdiri daripada kakitangan dan pegawai Kerajaan. - K! ONLINE