Jelasnya, usaha untuk menangani masalah tersebut sebenarnya telah dimulakan oleh bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini, mendiang Eddie Ng menerusi projek tebatan banjir Sungai Balak yang bermula sejak Jun lalu.

"Sebelum ini, saya menerima maklumat bahawa projek ini ketinggalan sebulan berbanding jadual asal, namun setelah Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis amaran kepada pihak kontraktor, kerja-kerja pelaksanaannya telah dipercepatkan namun masih lewat dua minggu.

"Saya berjanji akan terus memantau pelaksanaan projek ini supaya ia dapat disiapkan menjelang bulan Januari tahun hadapan," katanya ketika ditemui di tapak projek dekat sini sebentar tadi.

Kerusi DUN Balakong yang kosong setelah kematian penyandangnya, Eddie Ng akibat kemalangan jalan raya pada 20 Julai lalu menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Siew Ki dan calon MCA, Tan Chee Teong. - K! ONLINE