Beliau yang tiba seawal pukul 7.30 pagi diiringi oleh isterinya, Connie Chin,38, serta kedua ibu bapa Tan Kim Huar, 66, dan Lee Saw Wan, 62.

Chee Teong turut meluangkan masa beramah mesra bersama pengundi sebelum membuang undi pada pukul 9.10 pagi menerusi saluran enam.

PRK DUN Balakong menyaksikan Chee Teong menentang calon Pakatan Harapan (PH), Wong Siew Ki.

Bagaimanapun, Siew Ki tidak mengundi di Balakong.

PRK DUN Balakong diadakan berikutan kematian penyandang, Eddie Ng Tien Chee dalam kemalangan di KM11.7 Lebuh Raya Grand Saga pada 20 Julai lalu.

Pada Pilihan Raya Ke-14 (PRU-14) Eddie menang untuk penggal kedua selepas menewaskan Lim Chin Wah dari Barisan Nasional (BN) dan Mohamad Ibrahim Ghazali (Pas) dengan majoriti 35,538 undi. - K! ONLINE