Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, penurunan bilangan itu bagaimanapun tidak menjejaskan prestasi Gred Purata Nasional yang mencatatkan peningkatan sebanyak 0.15 peratus berbanding pada tahun 2016.

Katanya, pencapaian calon bandar dan luar bandar turut memberangsangkan apabila calon bandar meningkat seba­nyak 0.14 iaitu 4.75 pada tahun 2017 berbanding 4.89 pada tahun 2016.

“Pencapaian calon di luar bandar juga meningkat seba­nyak 0.14 iaitu 5.22 pada tahun 2017 berbanding 5.34 pada tahun 2016. Hal ini menunjukkan peningkatan pencapaian calon di luar bandar setara dengan peningkatan pencapaian calon bandar,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Analisis Keputusan SPM Tahun 2017 di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Pendidikan di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.