Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor, Rahilah Rahmat berkata, penangguhan pelaksanaan caj parkir tersebut adalah hasil perbincangan bersama pemimpin setempat melibatkan seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli, ADUN Jeram, Mohd. Shaid Rosli, wakil Ahli Parlimen Kuala Selangor serta syarikat konsesi, Syarikat Suasa Efektif Sdn. Bhd. 

"MDKS mengambil pendirian bahawa kadar RM0.50 sejam yang dikenakan adalah munasabah dan masih lagi pada tahap terendah berbanding pihak berkuasa tempatan (PBT)  lain di  Selangor khususnya. 

"Bagaimanapun, kenderaan yang mempunyai pelekat Orang Kelainan Upaya (OKU) tidak dikenakan bayaran," katanya di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, MDKS akan berusaha menambah baik perkhidmatan kepada masyarakat agar lebih cekap dan efisien. 

Jelas Rohilah, selepas pelaksanaan ya para pengguna boleh mendapatkan harga promosi untuk pas bulanan sebanyak RM 60.00 sebulan ditawarkan sehingga Disember tahun ini.

"Masa operasi caj parkir bermula jam 8 pagi hingga 5 petang pada hari Isnin hingga Jumaat manakala caj parkir kecualikan bagi hari Sabtu Ahad dan cuti umum," katanya. 

Kosmo! Online sebelum ini melaporkan lebih 70,000 penduduk sekitar Bandar Puncak Alam, Bandar Saujana Utama dan Alam Jaya di sini meminta Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) mengkaji semula cadangan pelaksanaan caj tempat letak kereta berbayar di daerah ini yang akan berkuat kuasa pada 1 Julai depan.

Pengerusi Permuafakatan Persatuan Penduduk Puncak Alam (4PA), Mohd. Hanif Md. Sultan dipetik berkata, perlaksaan caj parkir sebanyak RM0.50 sejam itu dibuat secara tergesa-gesa oleh MDKS tanpa mengambil kira pandangan dan pendapatan penduduk setempat terlebih dahulu. - K! ONLINE