Pada masa ini, undang-undang berkenaan berbeza antara satu negeri dengan negeri lain.

Raja-raja adalah ketua agama di negeri masing-masing.

Sehubungan itu, Mujahid berkata kerajaan juga akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri untuk penjelasan mengenai cadangan itu yang disasar dilaksanakan pada 2020.

“Kita dah maklum kepada Majlis Raja-Raja mengenai rancangan ini yang antaranya bertujuan memperkasasera undang-undang syariah,” kata beliau pada majlis ramah mesra dengan ketua-ketua jabatan, tokoh masyarakat dan badan-badan bukan kerajaan di Perlis sempena sambutan Aidilfitri di sini hari ini.

Menurut Mujahid, usaha itu sebahagian komitmen kerajaan Pakatan Harapan untuk memartabatkan Islam berdasarkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan juga akan menubuhkan mahkamah khas bagi mengendalikan kes-kes ibu tunggal yang menuntut hak dalam hal nafkah, harta dan lain-lain. - Bernama