Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, cadangan itu merupakan antara usaha untuk meningkatkan lagi promosi rumpai laut negara di peringkat antarabangsa.

"Rumpai laut salah satu 'super food' yang dihasilkan Malaysia adalah kerana kandungan nutrisi cukup tinggi, tinggi garam galian, vitamin, iodin dan peranannya sebagai bahan asas termasuk untuk membuat jeli dan keropok, di samping untuk tujuan farmaseutikal kerana rumpai laut mempunyai nilai tinggi," katanya antara lain turut membawa cadangan madu kelulut sebagai Super Food Malaysia.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan program mega Gelombang Nelayan Nasional 2018: Seaweed Splash di Tapak Regatta di sini, hari ini.

Hadir sama pada program itu Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang, Datuk Seri Nasir Sakaran serta Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marahaban. - Bernama