Katanya, terdapat beberapa implikasi perundangan jika perkara tersebut dilaksanakan tanpa kajian rapi.

"Ada permintaan berkenaan (bekukan akaun suami yang liat bayar nafkah) apabila wanita bercerai dan tidak dapat nafkah daripada suami, tetapi kita tidak boleh bekukan lagi akaun jadi ini yang kita sedang kaji," katanya selepas program Santuni Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan di sini hari ini.

Pada November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bercadang membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Katanya, cadangan yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) itu juga dilakukan berikutan ramai wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun telah diputuskan oleh mahkamah syariah. - Bernama