Dalam satu status yang dimuat naik ke laman Facebook miliknya kira-kira pukul 10 pagi tadi, Asri berpendapat bahawa kursus tersebut penting bagi menerapkan nilai profesionalisme dalam budaya kerja dan pengurusan.

Jelasnya, ia juga boleh menjadi panduan kepada ahli kabinet berkenaan agar tidak melakukan sesuatu perkara itu dengan cara yang ‘selekeh’ dan tidak matang.

Mengulas status berkenaan, Asri mengumpamakan tindakan menggunakan kepala surat kerajaan untuk urusan tidak penting adalah satu tindakan yang tidak wajar.

“Ia akan mendedahkan banyak kedangkalan lain dan cara yang tidak matang,” katanya yang lebih mesra dikenali sebagai Dr. Maza itu lagi.

Status Facebook mufti tersebut telah mendapat lebih 8000 tanda 'suka', lebih 900 komen diterima dan turut mendapat lebih 700 perkongsian. 

Hal ini rentetan daripada sekeping surat rasmi milik seorang menteri yang memberi kenyataan tentang masalah kelewatan jadual penerbangan hingga mengganggu urusannya untuk bertemu dengan perdana menteri di luar negara baru-baru ini.

Surat tersebut kini tular dan menjadi bualan hangat warganet di media sosial. - K! ONLINE