Pada 2 Julai lepas, ADUN Sungai Kandis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mat Shuhaimi Shafiei, 49, mening­gal dunia di Pusat Perubatan, Subang, Selangor kira-kira pukul 11.10 pagi akibat penyakit kanser limfoma.

Allahyarham Mat Suhaimi berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Ne­geri (DUN) Sungai Kandis pada PRU-14 dengan majoriti 12,480 undi apabila memperoleh sebanyak 23,998 undi sekali gus menumpaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ir. Kamaruzzaman Johari (11,518 undi) dan Mohd. Yusof Abdullah (Pas) yang memperoleh 7,573 undi dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hanafiah Husin (76).

Kematian Mat Shuhaimi menyebabkan pilihan raya kecil pertama selepas PRU-14 perlu dijalankan pada Sabtu ini yang me­nyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PKR, Mohd. Zawawi Ahmad Mughni yang dicabar calon BN, Datuk Lokman Noor Adam serta calon Bebas, K. Murthy.

Selepas tempoh 18 hari kematian Mat Shuhami, ADUN Balakong daripada PKR, Ng Tien Chee pula maut apabila kereta Nissan X-Trail yang dipandunya merempuh belakang sebuah lori pembersih jalan di Kilometer 11.7 Lebuh Raya Grand Saga, Kajang kira-kira pukul 12.30 pagi pada 21 Julai lalu.

Dalam kejadian itu, mendiang Tien Chee, 40, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kece­deraan parah pada kepala.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.