Program anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Haji Kamarudin Jaffar.

Semua peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini diberi tugasan untuk sampai ke Pulau Langkawi dalam tempoh 24 jam dengan menggunkan mod pengangkutan awam. 

Mereka juga perlu memuat naik gambar swafoto atau video di media sosial masing-masing dengan menggunakan tanda pagar yang ditetapkan oleh penganjur. 

Acara penyampaian hadiah akan berlangsung esok malam di Hotel Adya, Chenang, Langkawi yang akan disempurnakan oleh Ketua Setiausaha MOT, Datuk Mohd. Khairul Adib Abdul Rahman. 

Pemenang tempat pertama akan membawa pulang wang tunai RM3,000 dan dua tiket penerbangan pergi dan balik ke Bangkok Thailand. 

Acara ini turut mendapat tajaan daripada Malaysia Airlines Berhad dan Hotel Adya Chenang. - K! ONLINE