Mayat Zulfikar Zakaria berusia 60-an ditemui pada pukul 8.35 pagi tadi selepas tiga hari dilaporkan hilang ketika memancing di sungai itu bersama rakannya.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, mayat ditemui kira-kira 50 meter dari lokasi dilaporkan ketika kejadian 3.30 petang kelmarin.

Ujar beliau, operasi mencari dan menyelamat membabitkan polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta penduduk kampung kini ditamatkan sejurus mayat mangsa ditemui.

Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) di sini untuk tujuan bedah siasat. - K! ONLINE