Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, kedua-dua mereka yang merupakan warga asing dikatakan mempunyai hubungan intim.

Katanya, wanita tersebut telah menyatakan hasratnya untuk pulang ke Indonesia beberapa hari lagi kepada kekasihnya yang merupakan warga India.

"Namun, lelaki tersebut telah melarang sebelum berlaku pertengkaran antara mereka berdua.

"Lelaki itu telah memukul wanita berkenaan di kepala dengan sebatang besi sebelum mencekik dan menjerut dengan tali.

"Setelah mendapati wanita itu mati, lelaki tersebut berkemungkinan menjadi panik dan telah bertindak menggantung dirinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan kes dianggap selesai berikutan tiada penglibatan orang lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Kosmo! Online terdahulu melaporkan mayat pasangan warga asing berusia 40-an itu ditemui kira-kira pukul 5.20 petang oleh pemililk rumah terbabit sebelum melaporkannya kepada pihak polis. - K! ONLINE