Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Datuk Dev Kumar berkata, suspek berusia 25 tahun itu ditangkap di Pusat Komersial Pelita di sini pada pukul 7.30 pagi, Isnin lalu.

Menurutnya, suspek ditahan kerana mempunyai kaitan dengan wanita berusia 52 tahun yang didakwa sebagai kekasihnya.

“Motif pembunuhan dipercayai berkaitan dengan hutang namun siasatan masih dijalankan.

“Mangsa dipercayai dibunuh di dalam kereta Proton Iswara suspek dan mayatnya dibuang ke Sungai Miri,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.