Dalam kejadian pada pukul 3 petang, bumbung di bangunan 3 tingkat dengan tingkat paling atas meletakkan pejabat sekolah tersebut dima­suki air hujan. Bumbung-bumbung yang terbang itu jatuh dalam kawasan sekolah tetapi tidak ada mangsa yang cedera.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Khiruddin Drahman berkata, bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu daripada seorang guru pada pukul 3.20 petang sebelum menghantar pasukan penyelamat.

“Kejadian itu berlaku ketika sesi pembelajaran pada sesi petang sedang berjalan dan melibatkan murid-murid tahun satu hingga murid tahun tiga,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.