Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd. Nor Marzukee Besar berkata, bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden berkenaan.

“Kesemua penghuni rumah terbabit seramai 98 orang ditempatkan sementara di Balai Raya Taman Datuk Shahardin,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Mohd. Nor Marzukee berkata, mereka yang dipindahkan itu terdiri daripada 40 lelaki dewasa, 34 wanita dewasa, 11 kanak-kanak lelaki dan 13 kanak-kanak perempuan.

Menurut beliau, kesemua mangsa sepakat membuat laporan polis berhubung bencana itu selepas selesai urusan perpindahan ke penempatan sementara semalam.

Jelas beliau, seramai 26 pegawai dan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis memberi bantuan kepada mangsa. - K! ONLINE