Beliau yang merupakan Menteri Dalam Negeri berkata, cadangan untuk menggubal undang-undang tersebut bukan untuk menutup kebenaran kerana terbukti wujud­nya penularan berita palsu se­perti yang berlaku pada kempen Pilihan Raya Ke-13 (PRU-13).

“Apakah kebenaran? Adakah ‘kebenaran’ seperti diperkatakan pada PRU-13 melibatkan dakwaan 40,000 warga Bangladesh dibawa ke negara ini? Apakah itu bukan berita palsu?

“Akan ada berita-berita palsu pada saat-saat akhir sebagai strategi kempen,” katanya kepada pemberita selepas mengha­diri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.