Menurut RWG dalam satu kenyataan, bufet tersebut boleh dinikmati secara eksklusif di Rajawali Coffee House, Awana Genting pada harga RM47 bagi dewasa dan RM24 kanak-kanak untuk set bufet makan tengah hari manakala RM88 dewasa serta RM44 (kanak-kanak) bagi set makan malam di Coffee Terrace, Hotel Genting Grand .

"Lebih menarik, untuk bufet makan tengah hari, dua warga emas berusia 60 tahun akan menikmati hidangan secara percuma ditemani empat dewasa dengan bayaran penuh.

"Selain itu, pelanggan bakal dihidangkan dengan pelbagai sajian masakan dari seluruh dunia khususnya hidangan kegemaran rakyat Malaysia seperti rendang ayam, asam laksa, roti canai, sate dan kuih-muih tradisional," katanya.

RWG memberitahu, para pengunjung juga boleh bersama-sama memeriahkan acara potong kek pada malam sambutan Hari Merdeka pada 30 Ogos.

Tambahnya, orang ramai perlu merebut peluang ini kerana promosi ini hanya diadakan sekali pada setiap tahun bagi meraikan hari kemerdekaan negara.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi 03-2718 1118 atau layari www.rwgenting.com. - K! ONLINE