Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, ini bertepatan dengan prinsip 1Malaysia yang mana setiap rakyat Malaysia merupakan modal insan yang berpotensi untuk memberi sumbangan yang bermakna kepada negara.

"Inovasi yang dihasilkan oleh pencipta dan inovator juga perlulah diguna pakai dalam kehidupan seharian kita.

"Sebab itu para pencipta mesti memikirkan adakah produk yang mereka cipta itu  boleh diguna pakai oleh masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis Islamic Global Innovation Festival and Talents (i-GIFT) dan Majlis Penyampaian Anugerah Ekspo Inovasi Islam di sini hari ini. - Bernama