Dalam kejadian pada pukul 2.30 petang itu, mangsa yang dikenali Sangamitra, 8, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada badan.

Ketua Polis Daerag Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, pihak polis menerima panggilan tentang kejadian itu daripada seorang pengawal keselamatan bertugas.

Katanya, polis terus bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati mang­sa sudah tidak bernyawa dengan berlumuran darah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.