Mayat Lim Yi Xuan ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di bahagian belakang tempat letak kereta blok berke­naan kira-kira pukul 2 petang.

Mangsa dilaporkan menga­lami kecederaan parah pada kepala, badan dan kaki akibat hentakan kuat pada lantai konkrit di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Da­erah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata, mangsa merupakan kanak-kanak OKU dan mengalami masalah pem­belajaran selain seorang yang hiperaktif.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.