Muhammad Alfielail Rayyan Ismail, 7, diselamatkan setelah ibunya, Rozita Mohamad,52, yang bekerja sewaktu kejadian meminta bantuan anggota penyelamat terbabit pada pukul 12.30 tengah malam.

Rozita berkata, Muhammad Alfielail Rayyan ditinggalkan bersama kakaknya, Nur Nadiatul Amalina, 23, sewaktu dia keluar bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah institusi pengajian tinggi awam di Kijal di sini pada pukul 3 petang kelmarin.

"Waktu itu rumah saya masih belum dimasuki air bah namun saya dimaklumkan anak-anak saya keadaan bah semakin buruk selepas itu.

"Anak perempuan saya (Nur Nadiatul Amalina) terpaksa meninggalkan adiknya (Muhammad Alfielail Rayyan) bersendirian di rumah untuk meminta bantuan selama hampir setengah jam," katanya kepada Kosmo!  di sini hari ini. - K! ONLINE