Dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, mangsa, Mohd. Nor Irfan Norajamin, 7, dikatakan sedang bermain bersama rakan-rakannya di lokasi sebelum terjatuh ke dalam sungai terbabit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah berkata, seramai 13 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kota Kinabalu bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang.

“Sebaik tiba di sana, pasukan bomba segera menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) budak lelaki tersebut di sepanjang sungai dan permukaan air. 

“Bagaimanapun, sehingga pukul 7.09 malam tadi mangsa masih gagal ditemui dan operasi SAR terpaksa ditangguhkan memandangkan hari semakin gelap," katanya hari ini. - K! ONLINE