Muhammad Luthhakim Abdullah disahkan me­ninggal dunia kira-kira pukul 12 tengah hari sebaik tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTTA) di sini.

Pemeriksaan luaran pada badan mangsa mendapati terdapat kesan lebam pada pergelangan kaki, belakang badan, pinggang, punggung, bahagian siku kiri, bawah ketiak kanan dan melecur pada kemaluan.

Ketua Polis negeri, Datuk Seri Rosli Ab. Rahman berkata, ibu kandung mangsa berusia 29 tahun dikatakan telah membuat panggilan kecemasan ke HTAA dan memaklumkan anak lelaki­nya tidak sedarkan diri di rumah.

“Sebuah ambulans dikejarkan ke rumah mangsa bersama pasukan perubatan yang cuba membuat rawatan awal dan memberi bantuan pernafasan, namun gagal sebelum kanak-kanak itu dibawa ke HTAA.

“Sebaik tiba di HTAA, mang­sa disahkan telah meninggal dunia,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis pelancaran Program Kecemerlangan Kor Kadet Polis Pahang 2018 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.