Ketua Kampung, Boestaman Bakar berkata, buaya tembaga yang mempunyai berat sekitar 200 kilogram itu naik ke darat dan cuba membaham beberapa ekor haiwan ternakan milik penduduk itu kira-kira pukul 2.30 pagi hari ini.

Menurutnya, pemilik haiwan yang curiga dengan bunyi bising itu cuba menjenguk dan menyuluh di bawah rumah itu sebelum terkejut apabila melihat seekor buaya besar cuba membaham ternakannya.

“Pemilik rumah kemudiannya meminta bantuan jiran yang mempunyai senapang untuk membantu menembak reptilia itu. 

“Jirannya kemudian melepaskan satu das tembakan yang tepat mengenai badannya dan reptilia itu dilihat sudah mati,” katanya ketika dihubungi.

Difahamkan, ini merupakan kejayaan kedua penduduk kampung menembak mati sang bedal selepas kes pertama dilaporkan pada 2 Januari lalu.

Katanya, kali pertama reptilia itu muncul di bawah rumah penduduk atau kawasan sekitar kerana Sungai Seblak memang merupakan lokasi utama habitat buaya di Sarawak. - K! ONLINE