Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, ia melibatkan hampir 3.6 juta penerima BSH dengan anggaran peruntukan sebanyak RM1.23 bilion.

Jelasnya, pembayaran itu akan dikreditkan terus ke akaun bank masing-masing menggunakan maklumat akaun bank semasa pembayaran fasa kedua BSH 2019.

“Bayaran sebanyak RM400 akan dikreditkan kepada penerima berpendapatan isi rumah bawah RM2,000, pendapatan isi rumah 2,001 hingga RM 3,000 (RM300) dan pendapatan isi rumah 3,001 hingga RM4,000 (RM100).

“Bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos ini dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada bulan September,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Guan Eng, sebelum ini, sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari dan kedua pada Mei 2019 lalu melalui BSH 2019 kepada isi rumah yang diluluskan.

Jelasnya, pembayaran itu termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima empat orang anak yang merujuk kepada anak berumur 18 tahun ke bawah dan juga anak orang kelainan upaya (OKU) tanpa had umur.

Pertanyaan lanjut mengenai BSH 2019, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 dan e-mel kepada [email protected] - K! ONLINE

Menurut kementerian itu, sejumlah RM2.85 bilion telah disalurkan bagi bayaran fasa pertama pada Januari, dan fasa kedua pada Mei kepada isi rumah yang diluluskan, termasuk bayaran kadar tambahan sebanyak RM120 bagi setiap orang anak tanggungan terhad kepada maksima empat orang anak. 

"Anak tanggungan merujuk kepada anak berumur 18 tahun dan ke bawah, dan juga anak orang kurang upaya (OKU) tanpa had umur," katanya.

Katanya, bagi memastikan program BSH 2019 disasarkan kepada mereka yang benar-benar layak, tempoh permohonan rayuan dibuka mulai 1 Julai hingga 15 Ogos, dan pembayaran bagi mereka yang diluluskan rayuannya dijangka akan dibuat pada September ini.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2747 serta e-mel kepada [email protected]

BSH adalah program kerajaan demi kesejahteraan ekonomi rakyat, dengan membantu golongan berpendapatan rendah (B40) meringankan kos sara hidup mereka. - Bernama