Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, mangsa dipercayai warga Myanmar berusia 31 tahun dan dikenal pasti sebagai Bakar itu terjatuh selepas bot dinaikinya terbalik.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima laporan kira-kira pukul 9 pagi berhubung kejadian bot nelayan yang melanggar sebuah boya di perairan berkenaan.

"Bot itu telah terbalik sehingga menyebabkan mangsa hilang, manakala tiga lagi nelayan lain berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata, operasi mencari dan meyelamat (SAR) sedang dilakukan pihaknya.

Turut terlibat dalam operasi ialah Maritim Malaysia (APMM), pasukan polis marin, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan bot-bot nelayan temptan. - K! ONLINE