Bot peronda APMM yang sedang melakukan rondaan terserempak dengan bot nelayan asing terbabit di kedudukan 24 batu nautika dari perairan Paka, Dungun pada pukul 3.45 petang.

Pengarah Maritim Terengganu, Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, pemeriksaan mendapati bot nelayan Vietnam itu tidak memiliki lesen sah untuk menangkap hasil laut di perairan negara oleh Jabatan Perikanan.

"Sembilan nelayan Vietnam berusia dalam lingkungan 25 hingga 45 tahun tersebut yang ditahan juga didapati tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit kerja sah.

"Pemeriksaan juga mendapati bot nelayan Vietnam itu telah menangkap kira-kira 200 kilogram hasil laut berupa pelbagai jenis ikan dan sotong," katanya pada sidang akhbar di Markas Maritim Kemaman, Kuala Kemaman dekat sini hari ini.

Muhammad Suffi berkata, bot, peralatan menangkap ikan, hasil laut dan minyak diesel yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM1 juta telah disita dan ditunda ke Jeti Markas Maritim Kemaman. - K! ONLINE