ANGGOTA bomba menggunakan pengusung untuk mengangkat Siew Yoong ke ambulans di rumah wanita itu di Hulu Selangor semalam.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa, Ng Siew Yoong, 48, yang mempunyai berat kira-kira 300 kilogram dikatakan sedang memasak di dapur sebelum dia terjatuh akibat keletihan.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi sebelum sepasukan anggota dike­rahkan ke lokasi.

Katanya, semasa bomba tiba, mangsa kelihatan terbaring di atas lantai beralaskan tilam sambil diawasi anggota perubatan.

“Bomba mengangkat mangsa dengan pe­ngusung bersama tilam bagi mengelakkan wanita itu kesakitan sebelum dimasukkan ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.