Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa, Ng Siew Yoong, 48, yang mempunyai berat kira-kira 300 kilogram dikatakan sedang melakukan kerja-kerja memasak di dapur sebelum terjatuh akibat keletihan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 10.48 pagi sebelum sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi.

Katanya, pihak bomba mengangkat mangsa dengan pengusung bersama tilam bagi mengelakkan wanita itu merasa kesakitan sebelum dimasukkan ke dalam ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

“Keluarga mangsa dikatakan menelefon pihak ambulans untuk membawanya ke hospital namun sebaik pasukan medik tiba di rumah wanita berkenaan mereka tidak berupaya membawa mangsa dan terpaksa meminta bantuan daripada pihak bomba.

“Operasi tamat pada pukul 11.35 pagi dan tidak mengalami kesukaran kerana rumah mangsa adalah rumah kampung sekali gus memudahkan urusan keluar ketika mengusung mangsa,” katanya kepada Kosmo! hari ini. - K! ONLINE