Beliau berkata, keputusan pelaksanaan bayaran elaun itu hanya perlu kelulusan Parlimen apabila  cadangan pindaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 dibentang dalam masa terdekat.

"Bayaran ini bagi menghargai peranan dan sumbangan anggota-anggota PBS membantu tugas-tugas JBPM dalam operasi menyelamat dan memadamkan kebakaran," katanya kepada media selepas majlis penganugerahan pingat kebesaran jabatan itu dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2017 JBPM Perlis  di sini hari ini.

Seramai 24 pegawai dan anggota menerima Pingat Setia Bomba (PSB), Pingat Cemerlang Bomba (PCB) serta APC. - Bernama