Dalam kejadian pukul 12.45 tengah malam itu, mangsa yang berusia lingkungan 60-an ditemui orang awam di dalam longkang sedalam tiga meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Penguasa Bomba Kanan Kamarulzaman Md. Din berkata, dua jentera dan sebuah kenderaan Unit Kecemasan Perkhidmatan Menyelamat Perubatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi untuk operasi bantuan.

"Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi mendapati seorang wanita warga emas terbaring di dalam longkang besar berkenaan.

"Mangsa dinaikkan dengan menggunakan tangga yang mengambil masa selama 15 minit," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, wanita itu yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Melaka di sini menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan. - K! ONLINE