Ketua Pengarah JBPM, Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, bilangan pegawai dan anggotanya kira-kira 13,000 di seluruh negara.

"Walaupun bilangannya agak terhad namun, setakat ini kerja-kerja memadam kebakaran dan menyelamat dapat dilakukan dengan sempurna.

"Malah, JBPM terus dekat dengan rakyat seperti membina kediaman kepada golongan yang memerlukan.

"Namun, amat penting setiap pegawai dan anggota mengekalkan tahap kecergasan dan sifat amanah bagi melakukan setiap tugasan dengan sempurna," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata sedemikian pada Majlis Penganugerahan Pingat Kebesaran Jabatan dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 JBPM Perlis hari ini.

Turut hadir Pengarah JBPM Perlis, Mohd. Fadzil Haroon. - K! ONLINE