Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Mohd Jamil Mat Daud berkata, ini susulan penemuan kesan api di kaki Gunung Baling yang dilihat menghala ke Gunung Pulai.

"Kita lihat api bergerak dalam satu jalur dan garisan panjang yang mungkin boleh merebak ke Gunung Pulai yang berada berhampiran dengan Gunung Baling, namun setakat ini kita berjaya mengawal api daripada marak.

"Kaedah 'water bombing' menggunakan helikopter MI-17 milik JBPM dilihat banyak membantu memadamkan kebakaran iaitu antara pukul 8 hingga 11 pagi tadi sebanyak 14 beg 'water bombing' telah dilepaskan di kawasan kebakaran," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, operasi pemadaman menggunakan helikopter hanya boleh dilakukan pada waktu pagi memandangkan keadaan angin kencang pada sebelah petang boleh mendatangkan risiko kepada helikopter. - Bernama