Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, operasi telah dilaksanakan bersama dengan Unit Udara Bomba Miri yang melakukan pemadaman api melalui kaedah water bombing selain daripada bantuan operasi pemadaman di darat dengan 1,590 liter air (1,590 litre of water for one drop) digugurkan sekali untuk kawasan tertentu kebakaran tersebut oleh unit udara.

"Kebakaran melibatkan kawasan seluas 32 hektar dan setakat ini api masih belum padam tetapi keadaan masih terkawal kerana kebakaran masih belum merebak ke kawasan lain," katanya di sini hari ini.

Poh Kiong berkata, pada masa sama asap masih lagi berada di kawasan tanah gambut yang telah dipadamkan menerusi kaedah 'water bombing'.

Untuk rekod Kompleks Kebajikan Hamidah Yakub dimiliki Lembaga Kebajikan Anak-anak Yatim Sarawak (Peryatim) yang menempatkan anak-anak yatim pelbagai kaum di Sarawak berumur tujuh hingga 19 tahun. - Bernama