Jurucakap bomba dalam satu kenyataan berkata, Tundeng Taduoi, 109, yang tinggal bersama anaknya, Joseph Rinsong, 58, dipindahkan ke rumah seorang lagi anaknya di sini.

"Rumah mereka dinaiki air sedalam satu meter akibat hujan berterusan sejak semalam dan memenuhi ruang bawah rumah tersebut.

"Bomba yang menerima panggilan segera menggerakkan aset dengan membawa dua beranak itu menaiki bot aluminium untuk dipindahkan ke rumah anaknya tidak jauh dari rumah mereka," katanya di sini hari ini. - K! ONLINE