Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, pihaknya menerima panggilan daripada kakitangan Hospital Pakar KPJ Ipoh pada pukul 2.02 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke tempat kejadian. 

“Menurut pihak hospital, ambulans yang sedia ada di hospital berkenaan tidak mampu memuatkan pesakit lelaki berusia 30-an itu untuk dirujuk ke HRPB. 

“Kita menggunakan lori lima tan untuk membawa mangsa bersama katil dan alat bantuan pernafasannya kerana dia berada dalam keadaan separuh sedar ketika itu,” katanya. 

Tambah Mohamad Fadzeli, anggota tidak perlu mengangkat pesakit tersebut untuk dibawa masuk ke dalam lori kerana kenderaan itu mempunyai pengangkat automatik untuk mengangkat bebanan yang berat. 

“Kita meminta kakitangan hospital untuk turut serta berada di dalam lori berkenaan bagi memantau perkembangan mangsa sepanjang berada dia dibawa ke HRPB yang terletak kira-kira tiga kilometer dari Hospital Pakar KPJ itu. 

“Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 3.58 petang selepas pesakit diserahkan kepada pihak HRPB,” katanya. - K! ONLINE