Bom itu dijumpai seorang pekerja ladang kira-kira pukul 7 pagi yang sedang menguruskan tanaman di kawasan ladang tersebut.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata, pemeriksaan terhadap bom itu mendapati ia milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

"Bom tersebut ditemui seorang pekerja ladang ketika dia menguruskan tanaman di kawasan kejadian.

"Pemeriksaan mendapati bom milik ATM itu digunakan dalam pertempuran Ops Daulat 2013 ketika menentang penceroboh di Kampung Tanduo di sini," katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, bom itu diserahkan kepada Unit Pemusnah Bom (UPD) Tawau untuk dimusnahkan pada pukul 3 petang hari yang sama. - K! ONLINE