Calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, masih terdapat banyak lagi sumber bagi menampung perbelanjaan negeri selain mendapat bantuan daripada kerajaan pusat yang sealiran dengan kerajaan negeri.

"Keadaan negeri ini akan lebih maju dan pesat membangun sekiranya BN dapat memerintah sekaligus mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat terutama golongan belia," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan masyarakat Tionghua di Kampung Baru di sini hari ini.

Tengku Razaleigh berkata, rakyat sudah jemu dengan janji Pas untuk membawa kemajuan namun gagal ditunaikan walaupun diberi peluang mentadbir negeri ini selama 28 tahun.

"Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sudah berjanji dalam Manifesto BN PRU-14 untuk memajukan Kelantan," katanya.

Tengku Razaleigh yang juga Ketua Bahagian UMNO Gua Musang berkata, jika diberi peluang, BN juga akan mengkaji semula projek ladang rakyat yang dilaksanakan Pasyang dilihat untuk kepentingan syarikat tertentu. - Bernama